Aktiviti Terapi Pasir

Terdapat tiga fasa utama bagi terapi pasir iaitu:
Fasa sebelum sesi
Fasa semasa sesi
Fasa selepas sesi 

Fasa Sebelum Sesi
1. Perlaksanaan terapi memerlukan persediaan dari segi penyediaan bilik yang sesuai dan kondusif untuk aktiviti, persediaan peralatan terapi dan persediaan kanak-kanak.

2. Bagi pelaksanaan terapi pasir, persekitaran bilik adalah amat penting dalam membenarkan kebebasan perluahan perasaan. Ini bersesuaian dengan konsep utama terapi pasir yang dipelopori oleh Dora Kalff yang menekankan ruang yang bebas dan selamat.

3. Peralatan utama untuk terapi ini adalah bekas yang berukuran 75cm x 55cm x 20 cm yang berisi pasir. Pemilihan pasir samada pasir pantai atau sungai yang mempunyai kedalaman 15cm di dalam bekas

4. Selain itu, simbol atau miniatur seperti ikan, kerang, bangunan, batu, peralatan rumah,binatang, manusia dewasa, kanak-kanak, pokok, jambatan, perhiasan dan kenderaaan adalah elemen lain yang diperlukan.

5. Kesemua alat ini disusun di atas rak dengan kemas bagi memudahkan kanak-kanak untuk memilih objek yang disukainya. Mangkuk kecil juga diperlukan bagi kanak-kanak yang ingin membentuk kolam atau sungai.

6. Berus dan tuala adalah peralatan yang perlu bagi kanak-kanak yang ingin membersihkan peralatan dan tangan mereka. Selain itu, jug dan penyembur air diperlukan untuk melembabkan pasir yang telah dibina.

7. Adalah lebih baik juga jika dapat digabungkan alunan muzik yang lembut dan relaksasi dapat membantu murid untuk luahan perasaan.


Fasa Semasa Sesi
1. Kehadiran pakar terapi semasa sesi pelaksanaan perlulah efektif. Pakar terapi perlulah aktif, mendengar dengan baik dan memberikan tumpuan.

2. Keadaan yang senyap kadangkala berkesan semasa kanak-kanak sedang menyusun objek di dalam bekas pasir.

3. Biasanya kanak-kanak akan bermain dengan pasir dengan membentuk landskap yang diingini, diikuti dengan simbol. Cara susunan mainan bergantung pada apa yang difikirkan oleh kanak-kanak ketika itu.

4. Kebiasaannya, kanak-kanak lebih selesa memulakan sesi terapi pasir dengan mencipta pasir pelbagai bentuk seperti corak geometri, lurah, gunung, sungai dan garis-garis kecil. Seperti bermain pasir di pantai, kanak-kanak bermain dengan pasir sambil menyusun objek, menambah bilangan mainan sekiranya perlu, mengerakkan tangan dan membentuk apa jua yang dirasainya di atas pasir.

5. Pada peringkat ini, gambaran boleh dilihat. Pakar terapi boleh mengajukan soalan atau kanak-kanak sendiri bercerita mengenai gambaran yang cuba dibuat.

6. Pakar terapi boleh menentukan tema sebagai contoh; “persahabatan”. Seterusnya boleh menggunakan soalan terbuka seperti: “Apa yang kamu ciptakan di dalam bekas ini?” atau : “Beritahu saya tentang singa, ular atau kuda di dalam dunia kamu ini?”.



 Fasa Selepas Sesi.
1. Pakar terapi berperanan untuk membuat kesimpulan dengan melihat kepada hasil terapi pasir yang dilakukan kanak-kanak.
2. Penilaian hasil bekas pasir adalah bergantung kepada pakar terapi.
3. Objek kecil seperti binatang bagi kanak-kanak biasanya menggambarkan persepsi mereka terhadap keluarganya serta masalah yang berkaitan dengan perhubungan dan pergaulan.
4. Lokasi dan susunan objek juga memberi gambaran tentang corak perhubungan.
5. Untuk setiap sesi terapi juga, pakar terapi perlu mengambil gambar hasil bekas tersebut bagi memudahkan proses interpretasi.


Sumber daripada : http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-pasir.html

No comments:

Post a Comment