Pengenalan Terapi

Perkataan "Terapi"
- berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkaitan dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon" .

Menurut Kamus Perubatan Mosley (2001), terapi merupakan satu rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan yang bertujuan menyebabkab kefungsian badan baik secara normal. 

Dalam konteks pendidikan khas, terapi merupakan satu kaedah bagi membantu individu yang mempunyai keperluan khas yang melibatkan aspek kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti terapi ini dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.

Kebanyakan murid pendidikan khas mempunyai pelbagai masalah yang boleh melibatkan gangguan kepada emosi dan tingkah laku. Justeru itu, terapi merupakan elemen penting bagi membantu mereka melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor mereka untuk mencapai potensi yang maksimum.

No comments:

Post a Comment