Menurut Malinda & William (2000), terapi pasir merupakan teknik psikoterapeutik yang membolehkan pesakit menyusun objek kecil dalam kotak yang megandungi pasir dan membina “dunia pasir” mengikut dimensi dunia sebenar.
(Sandplay Therapy-in box)
Terapi pasir juga ditafsirkan sebagai satu bentuk bengkel yang memberi peluang kepada individu untuk meneroka hal-hal berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam.
Terapi pasir didapati sesuai dengan perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang. Terapi pasir ini tidak memerlukan pergerakan yang khas, mereka bebas bergerak melakukan aktiviti yang mereka lakukan dengan sebebas-bebasnya dan tidak dibebani dengan bahan-bahan yang membebankan kanak-kanak itu. Kebanyakan pergerakan semasa terapi pasir dapat membuatkan daya penumpuan mereka dapat dipertingkatkan dan masalah tingkah laku selalunya dapat diatasi atau dikurangkan. Ini semua dirangsangkan melalui terapi pasir tadi secara semulajadi.
Walau bagaimanapun bukan semua kanak-kanak pendidikan khas suka bermain pasir, jadi guru harus memainkan peranan dalam membantu dalam membina keyakinan diri kanak-kanak itu. Hasilnya kanak-kanak akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti terapi ini. Melalui terapi pasir ini juga ia dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot dan jantung. Banyak pergerakan yang sihat dapat dilakukan semasa terapi pasir dijalankan dengan secara tidak langsung murid-murid akan menjadi lebih bertenaga dan minda pun menjadi sihat.
Semasa melakukan terapi pasir juga dapat memupuk perkembangan sosial yang baik dan memperkembangkan kemahiran sedia ada. Mereka boleh bercampur gaul sesama mereka, berkongsi mengikut giliran, menjadi ketua atau menjadi pengikut sahaja sekiranya terapi ini dilakukan secara berkumpulan. Selain itu, perkembangan bahasa juga dapat diluaskan semasa terapi pasir tadi. Apabila mereka sedang melakukan terapi pasir mereka sebenarnya berusaha untuk mempelajari alam persekitarannya. Kanak-kanak secara beransur dapat membentuk disiplin diri menerusi kebebasan pergerakan dan kebebasan memilih apa sahaja bahan yang hendak digunakan semasa melakukan terapi pasir. Ia juga dapat memberi ransangan untuk membina ketekunan dan keupayaan bagi melengkapkan sesuatu aktiviti semasa proses terapi pasir. Oleh itu terapi pasir dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah dirancang secara terperinci supaya setiap kemahiran yang menjadi objektif dalam pengajaran dan pembelajaran tercapai.
No comments:
Post a Comment